Sunday 28 November 2010

akusectiondua

Selamat datang kawan2, rasanya blog ni belum dirasmikan secara rasmi. Jadi ni ade sedikit pesanan penaja lah lebih kurang. Buat pengenalan, bagi yang tak tahu, blog ini dikhaskan sebagai tempat studi untuk subjek Pathology dan Human Right. seiring dengan tanggungjawab kami memegang subjek tersebut. insyaAllah kami akan memanfaatkan blog ini sebaik mungkin untuk dimanfaatkan oleh rakan2 seperjuangan yang lain.

untuk pengetahuan kawan2, ape yang akan ada dalam blog ini adalah


  1. segala nota dan rujukan untuk belajar subjek ini mengikut silibus yang telah ditetapkan. eg. nota, buku rujukan, web link dan sebagainya.
  2. quiz dan soalan2 yang berkaitan. untuk dijawab oleh anda semua sejurus habis belajar. terus ulangkaji dan uji diri anda!!
  3. segala infomasi berkenaan exam, kelas, perubahan waktu untuk subjek2 ini. eg: soalan apa yang akan keluar, soalan spot dan dsb.
  4. semua gambar-gambar dan description untuk kelas praktikal. patho histo dan patho gross. juga rujukan dan soalan.
  5. berkongsi cara yang lebih efektif dan menarik untuk belajar pathology dan human right. insyaAllah dapat membantu
Jadi, apa yang saya ingin nyatakan idsini ialah, dengan adanya blog ini, kami harap dapat menolong dan membantu anda sedikit sebanyak dalam subjek yang telah diamanahkan kepada kami. Seperti yang kita tahu, AIM atau SASARAN paling penting pagi pihak2 SR tahun ini adalah REPEAT SIFAR. sebagaimana yang kita maklum juga, tahun ni merupakan tahun paling kritikal bagi kita kerana kita akan melangkah ke tahun empat, memerlukan tiada 'carry' subjek atau fail ! jadi sasaran kami ialah tidak mahu andaikata benda/kisah ini terjadi, lebih2 lagi membawa subjek pathilogy dan human right. insyaAllah, berkat usaha dan doa yang telah kita lakukan, kita akan mendapat kejayaan dan dipermudahkan hidup.

Saya juga menyeru kepada kawan-kawan supaya turut serta membantu kami. tidak kita dari segi apa pun, (perkongsian, kata-kata semangat, nasihat, ilmu dan dsb.) supaya kita sama2 membangun dan menongkah bersama-sama liku yang penuh berduri ini.. cewahhh, nak bunga2 pulak ayat. ok serius, dengan tertubuhnya blog ini, saya harap segala usaha ini berjalan dengan lancar, dan apa yang penting, kita redha dan diredhoi Allah dalam mencari ilmu. INSYAALLAH. wabillahitaufiq walhidayah asslamualaikum warohmatulloh hiwabarokatuhhhh..

“If you can't feed a hundred people, then just feed one"


so, sharing is caring guys!!

- blog owner. SEKSYENDUA.

P/S: kalau ada apa2 pesanan, komen atau nasihat, leave a  message.
sectiondua@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Pathology - a study of disease

.....................................